zerocarbonmalaysia; zerocarbon; pakar pembersih karbon enjin; top overhaul murah; minyak jimat; enjin power; enjin pick up;

now browsing by tag

 
 

ZERO CARBON BERI TAJAAN (WAN B.O.S GARAGE)

Zero Carbon adalah jenama yang tidak asing lagi dalam menyediakan kepakaran mereka sebagai Produk Pembersih Karbon Enjin No. 1 di Malaysia. Selain menyediakan alternatif Top Overhaul yang murah, cepat dan berkesan, Zero Carbon bukan sahaja memberi fokus pada perniagaan tetapi sentiasa rapat memberi sokongan penuh pada rakan-rakan permotoran di Malaysia.

ZCDRFIT2)

Baru-baru ini, Zero Carbon maju lagi setapak dengan memberi penajaan pada ‘Baling Old School Garage’ dalam arena sukan permotoran drift. Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Hizir Arafat bin Tambun berkata, keputusan beliau memberi penajaan dalam arena sukan drift ini adalah untuk memberi peluang kepada anak muda tempatan mengasah bakat sekaligus meningkatkan taraf industri sukan permotoran negara kita. Beliau menambah lagi, dengan adanya ruang dan peluang yang diberikan, remaja-remaja ini pasti akan mempunyai masa depan berlandaskan visi dan misi yang positif dalam bidang yang mereka minati dan dapat mengelakkan gejala negatif dan masalah sosial.

ZCDRFIT8

Sukan drift adalah satu sukan yang kian popular di Malaysia dan ia berasal dari negara Jepun. Drift bermaksud satu teknik dimana pemandu akan sengaja melakukan ‘oversteer’ tetapi dalam keadaan yang terkawal oleh pemandunya dalam kelajuan yang tinggi di selekoh.  Kini, ia menjadi salah satu sukan profesional dalam permotoran di seluruh dunia. Zero Carbon melihat bahawa sukan ini mempunyai potensi lebih besar dan masih banyak peluang yang boleh ditambahbaik di Malaysia.

Jentera Nissan Silvia 200SX bernadikan enjin SR20 Turbo 250HP diberikan kepercayaan untuk dipandu oleh Mohd Ikhwanul Azwan bin Omar, 22 tahun (gambar:4 dari kanan). Remaja lepasan Diploma Agroteknologi dari Kolej Polytech MARA Kota Bahru ini adalah anak kelahiran Kedah dan telah mula berjinak-jinak dalam arena drift sejak umur beliau 19 tahun.  Beliau kini giat berlatih dan banyak menyertai pertandingan-pertandingan yang banyak dianjurkan dalam negara kita sebagai platform untuk beliau mengasah bakat dan teknik-teknik drift yang baik.

Zero Carbon kini telah digunakan oleh 10,000 pelanggan sejak beroperasi pada November 2014 dan daripada  kepercayaan pada kualiti produk keluaran mereka, Zero Carbon  sentiasa membuka peluang untuk bersama-sama rakan permotoran yang lain meningkatkan taraf sukan permotoran di Malaysia ke arah yang lebih dinamik dan positif supaya ia dapat memanfaatkan masyarakat dan negara tidak kira dari segi ekonomi dan sahsiah kemasyarakatan.  Sebarang Pertanyaan boleh hubungi 0179141261 atau layari laman sesawang www.zerocarbon.my

NISSAN SILVIA ‘SR20 TURBO 250HP’ BAKAL DITAJA ZERO CARBON MALAYSIA

Zero Carbon Produk Pembersih Karbon Enjin No.1 di Malaysia adalah satu jenama yang tidak asing lagi. Selain fokus mereka di dalam arena perniagaan kepada client-client yang ingin mengembalikan prestasi enjin, Zero Carbon Malaysia juga sentiasa menyokong rakan-rakan permotoran di Malaysia.

12999508_1687708011493711_1248823867_o

Syarikat anak tempatan ini, RH Evolution Resources yang di kelolai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Hizir Arafat bin Tambun dan Pengarah Urusan, Muhammad Radzhi bin Abd Rahman sentiasa mengorak langkah meletakkan minat dalam bidang permotoran.

Setelah mempunyai Duta Permotoran dan Duta Autoshow, Zero Carbon Malaysia maju setapak lagi ke hadapan dengan menaja sebuah Team Drift tempatan iaitu B.O.S Garage untuk membawa penjenamaan Zero Carbon.

13009851_1687707958160383_1882421544_o

Dengan jentera Nissan Silvia 200Sx berenjinkan SR20 Turbo dengan horsepower 250HP, Team Drift Zero Carbon B.O.S Garage ini akan bakal beraksi di 2016 SUZUKA DRIFT CHALLENGE pada 7hb-8hb Mei ini dan akan di pandu oleh anak muda saudara Mohd Ikhwanul Azwan bin Omar, 22 tahun berasal dari Baling, Kedah.

Buat masa ini, jentera ini masih dalam proses persiapan untuk beraksi pada bulan Mei nanti. Mudah-mudahan industri permotoran negara lebih maju ke hadapan ke arah yang lebih positif. LAGI ZERO LAGI HERO.

SEHATI SEJIWA ZERO CARBON. MALAYSIA TERCINTA

Duta Permotoran Zero Carbon Malaysia bersama-sama jentera beliau, saudara Mohd Rafie bin Hj Ismail dengan penuh semangat patriotik mengetuai perarakan di Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Pahang. Beliau juga adalah pengasas Kelab Permotoran Pahang (KPP)

11951914_10204729157530707_7234592246883576134_n

Zero Carbon yang diasaskan oleh RH Evolution Resources mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaaan ke-58 kepada semua rakyat Malaysia. Syarikat bumiputera ini diterajui oleh Mohd Hizir Arafat Tambun selaku Ketua Pegawai Eksekutifnya dan dibantu oleh Pengarah Urusannya iaitu Muhammad Radzhi Abd Rahman.

 

MENANGI IPHONE 6 DENGAN ZERO CARBON

Zero Carbon dibawakan khas oleh syarikat bumiputera RH Evolution Resources yang di terajui oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Hizir Arafat Tambun dan dibantu oleh Pengarah Urusan Muhammad Radzhi Abd Rahman kini menawarkan kepada orang ramai untuk menjadi wakil pengedar berdaftar di seluruh Malaysia. Pelan Pemasaran yang digunakan adalah secara runcit dan bukan secara Multi Level Marketing. (MLM).

 

Reward Ulangtahun Ke 2

 

Selain itu, apa yang amat menarik kali ini adalah apabila anda berdaftar sebagai wakil pengedar berdaftar anda bukan sahaja dapat menjana pendapatan sampingan malah sempena Sambutan Kemerdekaan ke-58, Hari Malaysia juga yang paling penting adalah Ulangtahun ke-2 penubuhan Zero Carbon Malaysia, syarikat ini menawarkan 3 buah Telefon Pintar untuk dimenangi.

Hadiah Pertama=Iphone 6

Hadiah Ke-2=Samsung Note 5

Hadiah Ke-3=Samsung Note 4

Tawaran ini berakhir pada 30 November 2015.

Hubungi wakil kami yang sedia ada diseluruh Malaysia untuk maklumat. Anda juga boleh terus menghubungi kami di 03-51669094 atau 0179141261.

#zerocarbonmalaysia

#lagizerolagihero

#RHEvolution