minyak parak

now browsing by tag

 
 

TEMUI TEAM DRIFT ZERO CARBON B.O.S GARAGE DI MALAYSIAN DRIFT CHALLENGE 2016

Temui Team Drift Zero Carbon B.O.S Garage di Malaysia Drift Challenge 2016 di MiTC Melaka pada 24 & 25 September 2016 ini. Zero Carbon bukan sahaja komited dalam memberikan khidmat profesionalnya kepada pelanggan yang inginkan prestasi enjin pickup semula dan penjimatan minyak kepada clientnya tetapi sentiasa komited dalam setiap acara permotoran di Malaysia Salah satunya adalah Sukan Drift.

14247904_171123623293897_1343743990_o

Jentera Nissan Silvia 200SX bernadikan enjin SR20 Turbo 250HP diberikan kepercayaan untuk dipandu oleh Mohd Ikhwanul Azwan bin Omar, 22 tahun. Remaja lepasan Diploma Agroteknologi dari Kolej Polytech MARA Kota Bahru ini adalah anak kelahiran Kedah dan telah mula berjinak-jinak dalam arena drift sejak umur beliau 19 tahun. Beliau kini giat berlatih dan banyak menyertai pertandingan-pertandingan yang banyak dianjurkan dalam negara kita sebagai platform untuk beliau mengasah bakat dan teknik-teknik drift yang baik.

14315520_171123609960565_1821118562_o

Team Drift Zero Carbon B.O.S Garage juga berkesempatan untuk dipaparkan di dalam Majalah Permotoran Hypertune dan Shift baru2 ini Edisi September 2016. Tahniah di ucapkan kepada semua Crew.

JUMPA DI MELAKA…!!!!

ZERO CARBON DI PERAK RETRO FEST MERIAH…!!! TERKENANG KENANGAN DULU KALA

Retro…Pasti nya berkait rapat dengan Evergreen atau juga boleh dikaitkan dengan klasik. 21 Ogos 2016 yang lepas, Zero Carbon Malaysia berkesempatan sekali lagi bersama-sama rakan-rakan permotoran di Utara Tanah Air. Kali ini event ini lebih unik dan diadakan di Bukit Merah Lake Town Resort.

14040145_1183479045049756_308957126122016062_n

Event yang mengumpulkan seluruh kereta-kereta retro ini. Bukan setakat kereta, motorsikal retro jugak boleh disaksikan disini. Dengan pengurusan GM Management, event ini berjalan dengan lancar dan Zero Carbon Malaysia amat berterima kasih kerana di jemput bersama-sama memeriahkan lagi acara yang diadakan sebagai Penaja Bersama.

13754448_1031697860212606_896958431281616015_n

Diharapkan, acara sebegini diteruskan bagi memastikan kereta atau motosikal lama yang terus diminati dan menjadi satu hobi yang positif di kalangan rakyat Malaysia.