carbon cleaner
now browsing by tag
ZERO CARBON-MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA KPP, PDRM & JPJ PAHANG
Zero Carbon Malaysia bukan sekadar meletakkan perniagaan semata-mata di dalam Visi dan Misi penubuhan syarikatnya yang ditadbir urus oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya iaitu En. Mohd Hizir Arafat bin Tambun dan dibantu oleh Pengurusnya En. Muhammad Radzhi Abd Rahman. Tetapi pengeluar produk pembersih karbon enjin no 1 di Malaysia ini sentiasa komited dalam menyokong apa jua akiviti yang melibatkan permotoran dan kemasyarakatan. Pada 4 Julai ini, Zero Carbon bersama-sama agensi yang lain, sepakat mengadakan Majlis Berbuka yang di kelolai oleh saudara Mohd Rafie Ismail dari Kelab Permotoran Pahang.
Tentatif prgram MAJLIS BERBUKA PERMOTORAN PAHANG DAN SESI RAMAH MESRA BERSAMA POLIS & JPJ PAHANG 2015,,
4.00 pm – Berkumpul d perkarangan Masjid As Syakirin Maran
4.30 pm – Solat Asar Berjamaah
5.00 pm – Pergerakan ke Maran Hill Golf Resort
5.10 pm – Ketibaan Ketua Polis Daerah Maran dan Ketua Jabatan Ketenteraman Awam/ Ketua Trafik Pahang
5.15 pm – Ketibaan Pengarah JPJ Pahang bersama Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ Pahang
5.20 pm – Ketibaan Perasmi
5.30 pm – Majlis perasmian
5.45 pm – Sesi dialog dan ramah mesra bersama Polis dan JPJ Pahang
6.30 pm – Sesi penggambaran / Santai
7.00 pm – Persiapan Majlis Berbuka
7.45 pm – Solat Maghrib
8.15 pm – Bersurai
AKTIVITI KEMASYARAKATAN ZERO CARBON
Aktiviti sebegini adalah menjadi kebiasaan kepada Zero Carbon Malaysia. Melihat kepada senyuman anak-anak kecil ini, memberikan kekuatan yang lebih tinggi kepada seluruh warga Zero Carbon Malaysia untuk lebih maju kehadapan.
Aktiviti ini juga adalah sebahagian penghargaan untuk hampir 5000 pelanggan Zero Carbon.
Mudahan anak-anak kecil ini menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Lagi Zero..Lagi Hero..!!!
KONVOI PRIHATIN ZERO CARBON
Atas dasar kemanusian, Zero Carbon telah bersama-sama Kelab Permotoran Pahang (KPP) dan agensi-agensi lain telah sepakat untuk konvoi ke rumah keluarga mangsa nahas kemalangan di Taman Batu Muda, Gombak pada 9 Mei 2015 yang lepas.
Konvoi ini telah dianjurkan oleh pengelola utama Kelab Permotoran Pahang (KPP). Hampir 40 buah kenderaan menyertai konvoi ini yang di lepaskan dari Dataran Bandar Jengka pada jam 9.30 pagi.
Konvoi ini juga adalah mesej bahawa Kelab Permotoran adalah satu wadah atau platform yang baik jika betul-betul dimanfaatkan. Zero Carbon Malaysia sentiasa menyokong rakan-rakan permotoran dan berharap agar setiap ahli kelab permotoran menjaga nama baik kelab-kelab masing-masing sekaligus menjadi ikutan yang positif kepada masyarakat.
Semoga Roh mereka dicucuri Rahmat dari-Nya dan anak-anak kecil ini membesar dengan penuh kebaikan yang menanti mereka.
Lagi Zero..Lagi Hero..!!!
ZERO CARBON RAKAN PENAJA AGTT SIC PAHANG 2015
Zero Carbon bergerak selangkah lagi dengan mewujudkan ikatan Persahabatan Permotoran bersama-sama Kelab Saga Iswara (SIC) Pahang pada 10 Mei yang lepas. Sempena penukaran pentadbiran Tertinggi SIC ini, Zero Carbon terpanggil untuk memberikan sesuatu yang dapat menambah kegembiraan mereka. Sebanyak 3 hamper dan 10 botol di sumbangkan yang bernilai hampir RM1500.
Zero Carbon mengucapkan ribuan terima kasih dan begitu terharu terhadap sambutan yang diberikan. Sekalung penghargaan kepada Saga Iswara Club (SIC) Pahang atas kerjasama yang diberikan. Juga kepada PKKP yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada Kelab-Kelab Permotoran di Negeri Pahang.
Sumbangan telah di sampaikan oleh Pengurus Besar Zero Carbon Malaysia iaitu En. Mohd Hizir Arafat bin Tambun kepada 10 Pemenang Cabutan Bertuah.
Lagi Zero..Lagi Hero..!!!