buang karbon

now browsing by tag

 
 

TEMUI TEAM DRIFT ZERO CARBON B.O.S GARAGE DI MALAYSIAN DRIFT CHALLENGE 2016

Temui Team Drift Zero Carbon B.O.S Garage di Malaysia Drift Challenge 2016 di MiTC Melaka pada 24 & 25 September 2016 ini. Zero Carbon bukan sahaja komited dalam memberikan khidmat profesionalnya kepada pelanggan yang inginkan prestasi enjin pickup semula dan penjimatan minyak kepada clientnya tetapi sentiasa komited dalam setiap acara permotoran di Malaysia Salah satunya adalah Sukan Drift.

14247904_171123623293897_1343743990_o

Jentera Nissan Silvia 200SX bernadikan enjin SR20 Turbo 250HP diberikan kepercayaan untuk dipandu oleh Mohd Ikhwanul Azwan bin Omar, 22 tahun. Remaja lepasan Diploma Agroteknologi dari Kolej Polytech MARA Kota Bahru ini adalah anak kelahiran Kedah dan telah mula berjinak-jinak dalam arena drift sejak umur beliau 19 tahun. Beliau kini giat berlatih dan banyak menyertai pertandingan-pertandingan yang banyak dianjurkan dalam negara kita sebagai platform untuk beliau mengasah bakat dan teknik-teknik drift yang baik.

14315520_171123609960565_1821118562_o

Team Drift Zero Carbon B.O.S Garage juga berkesempatan untuk dipaparkan di dalam Majalah Permotoran Hypertune dan Shift baru2 ini Edisi September 2016. Tahniah di ucapkan kepada semua Crew.

JUMPA DI MELAKA…!!!!

ZERO CARBON PENAJA BERSAMA HIMPUNAN MEGA PERMOTORAN PANTAI TIMUR 2016

Zero Carbon adalah nama yang tidak asing lagi sebagai Produk Pembersih Karbon Enjin No. 1 di Malaysia atau dengan kata lain Produk Decarboniser yang berkesan dan mendapat tempat sebagai pilihan pemilik-pemilik kenderaan.

Zero Carbon boleh mengembalikan prestasi enjin dan penggunaan petrol seperti baru semula untuk kenderaan anda. Baru-baru ini, sekali lagi Zero Carbon diberi kepercayaan untuk bersama-sama rakan-rakan permotoran Pantai Timur (Kelantan, Terengganu & Pahang ) menjadi sebagai Penaja Bersama.

13921029_1733719290225916_6779545995296858565_n

Acara ini berlangsung dengan meriahnya di bawah kelolaan BKGK (saudara Nik Tajul & Crew),dan Persatuan Permotoran Negeri Kelantan (PPNK). Para hadirin yang hadir amatlah diluar jangkaan. Ketua Pegawai Eksekutif Zero Carbon Malaysia, saudara Mohd Hizir Arafat bin Tambun turut hadir memberi sokongan kepada Crew Zero Carbon di Pantai Timur.13882415_1733718806892631_5187245361377844809_n

13934730_1733719333559245_1838104010461684578_n

Semoga acara sebegini diteruskan lagi bagi memastikan industri automotif negara terus berkembang di platform yang positif.