Penjimatan
ZERO CARBON MAMPU MENJIMATKAN PENGGUNAAN MINYAK KERETA ANDA SEHINGGA 30% DAN ANDA PASTI TERSENYUM DENGAN PRESTASI ENJIN SEPERTI BARU!
JANGKAAN PENJIMATAN KOS PENYELENGGARAAN ENJIN
Contoh Pengiraan Bagaimana Zero Carbon dapat mengurangkan kos penyelenggaraan dan penggunaan bahan api sesebuah enjin Penggunaan produk Zero Carbon dapat memberikan pengurangan dan penjimatan kos terhadap:
•Kos penyelenggaraan enjin
•Kos penggunaan bahan api
Dibawah ini diterangkan secara terperinci bagaimana Zero Carbon dapat menjimatkan dan mengurangkan kos-kos yang terlibat. Bahan Kajian:
Kereta: Proton Waja
Enjin: Campro 1.6
Bahan Api: Petrol
Transmisi: Automatik
Kajian Kes: Kos penyelenggaraan samaada “General Service” atau “Major Service” sebuah enjin kereta dapat dikurangkan setelah enjin tersebut menggunakan produk Zero Carbon untuk membersihkan dan membuang karbon didalam enjin yang mana dapat meningkatkan tahap kecekapan,ketahanan dan juga jangka hayat enjin tersebut.
CONTOH KIRAAN KOS PENYELENGGARAAN TANPA ZERO CARBON
Contoh pengiraan kos penyelenggaraan bagi kereta Proton Waja tanpa menggunakan ZC:
Anggaran Kos untuk “General Service” pada enjin
- Minyak Enjin(Semi-Synthetic) = RM125.00
- Penapis Minyak Hitam = RM12.00
- Penapis Angin = RM28.00
- Penapis Petrol = RM38.00
Jumlah Kos yang diperlukan = RM 203.00 untuk setiap 10,000km.
Anggaran Kos untuk “Major Service” pada enjin
- Palam Pencucuh = RM58 (setiap 20,000km) @ RM290 (100,000km)
- “Top Overhaul” = RM800
- `Engine Mounting` = RM500
Jumlah Kos yang diperlukan = RM 1590.00 untuk setiap 100,000km.
Contoh pengiraan kos
Jumlah Kos yang diperlukan sebelum guna ZC = RM 203.00 untuk setiap 10,000km.
Jumlah Kos yang diperlukan selepas guna ZC = RM 328.00 untuk setiap 10,000km.
Anggaran Kos untuk “Major Service” pada enjin tanpa menggunakan Zero Carbon( setiap 100000km)
- Servis Berkala setiap 10,000km = RM203 @ RM 1015 (100000km)
- Kos Major Servis = RM1590 (100000km)
- Jumlah Kos = RM2605
Anggaran Kos yang dapat dikurangkan pada enjin dengan menggunakan Zero Carbon (setiap 100000km)
- Servis Berkala setiap 10000km = RM 328 @ RM1640 (100000km)
- Kos Major Servis = Tiada
- Jumlah Kos = RM1640
Jumlah Kos yang dapat dikurangkan = RM965 @ 37%
- Pembentukan karbon didalam ruang pembakaran enjin akan menyebabkan enjin lebih bergetar daripada normal. Getaran enjin yang melampau akan menyebabkan sistem gantungan enjin (engine mounting) mengalami kerosakan dengan kadar yang lebih cepat.
- Pembentukan karbon juga membuatkan pembakaran tidak lengkap di dalam kebuk pembakaran sekaligus membuatkan prestasi enjin menurun. Dalam keadaan ini, pemandu akan memaksa enjin dengan kadar yang lebih supaya enjin terus memberikan kuasa yang diinginkan oleh pemandu. Keadaan ini akan memberikan tekanan yang tinggi pada enjin sekaligus memendekkan jangka hayat sesebuah enjin melalui kebocoran pada gasket dan komponen-komponen yang berkaitan. Apabila keadaan menjadi lebih teruk, maka ‘ Top Overhaul’ perlu dilakukan.
- Kesimpulannya, Zero Carbon dapat membantu memanjangkan jangka hayat ketahanan enjin setelah melakukan proses penyahan-karbon dalam enjin dimana proses tersebut telah terbukti dapat membersih dan membuang karbon didalam enjin anda. Dengan ini kos penyelenggaraan sesebuah kenderaan dapat dikurangkan dan banyak penjimatan yang boleh didapatkan dengan hanya melakukan proses penyahan-karbon oleh Zero Carbon.
PENGIRAAN PENJIMATAN PENGGUNAAN BAHAN API MINYAK PETROL / DIESEL
Penggunaan Zero Carbon telah dibuktikan dapat menjimatkan penggunaan bahan api sesebuah kenderaan sebanyak 20-30%.
Contoh pengiraan kos penggunaan bahan api bagi kereta Proton Waja tanpa menggunakan ZC:
Purata penggunaan bahan api biasa bagi Proton Waja ialah 11.6km/liter.
Contoh pengiraan kos penggunaan bahan api bagi kereta Proton Waja selepas menggunakan ZC:
Purata penggunaan bahan api bagi Proton Waja setelah menggunakan Zero Carbon ialah 11.6km/liter+30% = 15.08km/liter!
Zero Carbon dapat membantu menjimatkan kos penggunaan bahan api kerana karbon terkumpul didalam kebuk pembakaran telah berjaya dibersihkan dan dibuang dengan ini menjadikan proses pembakaran yang berlangsung menjadi sempurna dan lengkap dengan menggunakan bahan api yg minimum disebabkan pembuangan karbon yang terkumpul sebelum ini didalam kebuk pembakaran enjin.
Untuk maklumat yang terperinci boleh merujuk kepada laporan ujian Dyno yang telah dilakukan pihak kami untuk membuktikan keberkesanan Zero Carbon dalam mengembalikan prestasi enjin pada tahap yang optimum dan penggunaan bahan api yg minimum disebabkan oleh pembakaran yang cantik dan sempurna di dalam enjin selepas melakukan proses penyahan-karbon pada enjin tersebut.
ANTARA TESTIMONI PENJIMATAN MINYAK OLEH PENGGUNA ZERO CARBON