NISSAN SILVIA ‘SR20 TURBO 250HP’ BAKAL DITAJA ZERO CARBON MALAYSIA
Zero Carbon Produk Pembersih Karbon Enjin No.1 di Malaysia adalah satu jenama yang tidak asing lagi. Selain fokus mereka di dalam arena perniagaan kepada client-client yang ingin mengembalikan prestasi enjin, Zero Carbon Malaysia juga sentiasa menyokong rakan-rakan permotoran di Malaysia.
Syarikat anak tempatan ini, RH Evolution Resources yang di kelolai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Hizir Arafat bin Tambun dan Pengarah Urusan, Muhammad Radzhi bin Abd Rahman sentiasa mengorak langkah meletakkan minat dalam bidang permotoran.
Setelah mempunyai Duta Permotoran dan Duta Autoshow, Zero Carbon Malaysia maju setapak lagi ke hadapan dengan menaja sebuah Team Drift tempatan iaitu B.O.S Garage untuk membawa penjenamaan Zero Carbon.
Dengan jentera Nissan Silvia 200Sx berenjinkan SR20 Turbo dengan horsepower 250HP, Team Drift Zero Carbon B.O.S Garage ini akan bakal beraksi di 2016 SUZUKA DRIFT CHALLENGE pada 7hb-8hb Mei ini dan akan di pandu oleh anak muda saudara Mohd Ikhwanul Azwan bin Omar, 22 tahun berasal dari Baling, Kedah.
Buat masa ini, jentera ini masih dalam proses persiapan untuk beraksi pada bulan Mei nanti. Mudah-mudahan industri permotoran negara lebih maju ke hadapan ke arah yang lebih positif. LAGI ZERO LAGI HERO.
Comments are Closed