KONVOI PRIHATIN ZERO CARBON
Atas dasar kemanusian, Zero Carbon telah bersama-sama Kelab Permotoran Pahang (KPP) dan agensi-agensi lain telah sepakat untuk konvoi ke rumah keluarga mangsa nahas kemalangan di Taman Batu Muda, Gombak pada 9 Mei 2015 yang lepas.
Konvoi ini telah dianjurkan oleh pengelola utama Kelab Permotoran Pahang (KPP). Hampir 40 buah kenderaan menyertai konvoi ini yang di lepaskan dari Dataran Bandar Jengka pada jam 9.30 pagi.
Konvoi ini juga adalah mesej bahawa Kelab Permotoran adalah satu wadah atau platform yang baik jika betul-betul dimanfaatkan. Zero Carbon Malaysia sentiasa menyokong rakan-rakan permotoran dan berharap agar setiap ahli kelab permotoran menjaga nama baik kelab-kelab masing-masing sekaligus menjadi ikutan yang positif kepada masyarakat.
Semoga Roh mereka dicucuri Rahmat dari-Nya dan anak-anak kecil ini membesar dengan penuh kebaikan yang menanti mereka.
Lagi Zero..Lagi Hero..!!!
Comments are Closed