FAQ
Q & A ZERO CARBON
Q: Produk ini berasaskan apa, dan adakah ia mempunyai sampingan pada pengguna?
A: Produk berasaskan petroleum dan ia tidak menghakis kulit dengan kata lain ia adalah selamat disentuh.
Q: Adakah Zero Carbon mempunyai Pensijilan Sah?
A: Ya. Zero Carbon mendapat pengiktirafan dan pensijilan daripada SIRIM MALAYSIA (Jabatan Mekanikal & Automotif).
Q: Boleh terangkan serba sedikit bagaimana Zero Carbon ini berfungsi?
A: Produk Zero carbon berfungsi membersihkan ruang pembakaran enjin yang dipanggil kebuk pembakaran (combustion chamber). Setiap kenderaan yang menggunakan bahan bakar seperti petrol atau diesel akan mengalami proses pembakaran yang berlaku di dalam enjin apabila kenderaan tersebut melalui jarak perjalan selepas dikilangkan. Proses pembakaran ini akan menghasilkan karbon di dalam enjin. Lazimnya rakyat Malaysia menggunakan minyak petrol yang ber-RON95, penggunaan RON95 akan menghasilkan jumlah karbon yang lebih banyak berbanding petrol yang ber-RON yang lebih tinggi sebagai contoh RON97. Apabila karbon terbentuk,ia akan melekat pada kebuk pembakaran dan merupakan unsur yang negative di dalam kebuk pembakaran. Karbon yang terbentuk akan memjejaskan prestasi asal enjin. Karbon akan menyerap bahan api yang diperlukan secukupnya oleh enjin dan dan menyebabkan enjin akan hilang pecutan, enjin akan bergegar dan penggunaan bahan api akan meningkat. Zero Carbon berfungsi untuk memecahkan karbon-karbon di dalam enjin seterusnya membersihkan enjin dan mengembalikan prestasi enjin kenderaan seperti Top Overhaul.
Q: Bagaimakah cara pemasangan Zero Carbon pada kenderaan.
A: Cara penggunaan Zero Carbon adalah sangat mudah di mana ia dimasukkan melalui hos vakum yang akan ada pada setiap enjin. Zero Carbon dimasukkan ketika enjin hidup, ia akan melekat pada dinding ruang pembakaran dan akan memecahkan karbon kepada molekul molekul kecil (asap) dibantu oleh proses pembakaran enjin lalu membakar karbon tersebut dan Ia akan dikeluarkan melalui sistem eksos.
Q : Apakah kelebihan produk Zero Carbon ini?
A : Kelebihan produk ini seperti diceritakan di awal perbualan kita sebentar tadi. Dengan Zero Carbon, dapat membantu orang ramai mengurangkan kos pengelenggaran kenderaan mereka kerana Zero Carbon lebih jimat jika dibandingkan dengan proses top-overhaul yang konvensional. Di samping itu, produk Zero Carbon mesra pengguna, boleh dilakukan oleh sesiapa sama ada seseorang itu mempunyai asas automotif atau tidak. Selain itu proses pemasangan produk ini tidak mengambil masa yang lama, iaitu Cuma 15 minit dan lebih cepat berbanding proses di bengkel yang mempunyai langkah-langkah banyak di dalam proses top-overhaul konvensional. Secara ringkasnya, Zero Carbon menjimatkan kos, masa dan jugak mudah untuk digunakan.
Q : Kenderaan apakah yang disarankan menggunakan Zero Carbon?
A: Zero Carbon sesuai untuk semua kenderaan samada kereta, motorsikal atau jentera berat yang menggunakan enjin berasaskan enjin pembakaran petrol atau diesel sama ada enjin N/A, berturbocas, bersupercas dan NGV. Bagi kenderaan yang menggunakan NGV perlu ditukar kepada penggunaan penggunaan bahan api petrol terlebih dahulu semasa proses pemasangan.
Q: Adakah kenderaan yang baharu boleh menggunakan Zero Carbon?
A: Kenderaan baharu boleh menggunakan Zero Carbon tetapi ‘Mileage’ hendaklah melebihi 25,000KM. Jika kurang, kami nasihatkan anda mencapai jarak yang telah dinyatakan. Penghasilan karbon bagi enjin kenderaan baharu adalah sedikit.
Q: Apakah ciri-ciri kenderaan yang perlu menggunakan Zero Carbon?
A: Kenderaan yang disarankan adalah kenderaan yang sudah melebihi 25000km, kenderaan yang telah hilang daya pecutan seperti asal, enjin bergegar dan bising,pedal yang terasa berat, sukar untuk dihidupkan apabila waktu pagi, penggunaan bahan api yang tinggi dan kenderaan yang sudah melebihi umur 5 tahun lebih disarankan.
Q: Adakah Zero Carbon dimasukkan melalui Tangki Petrol/Diesel atau ke dalam Minyak Pelincir (Minyak Hitam)?
A: Tidak, Zero Carbon akan disedut masuk melalui hos vakum (inlet manifold)/ kaburator yang akan ada pada setiap enjin. Zero Carbon dimasukkan ketika enjin hidup, ia akan melekat pada dinding ruang pembakaran dan akan memecahkan karbon kepada molekul molekul kecil (asap) dibantu oleh proses pembakaran enjin lalu membakar karbon tersebut dan Ia akan dikeluarkan melalui system eksos enjin.
Q: Adakah kenderaan yang ‘’Valve Seal’’ bocor (Makan Minyak Hitam) boleh menggunakan Zero Carbon?
A: Jika kenderaan mengalami masalah ini, kami nasihatkan anda terus ke bengkel yang berdekatan dan kami tidak sarankan anda menggunakan Zero Carbon. Ini adalah masalah teknikal komponen enjin. Anda perlu menggantikan komponen yang bermasalah ini sebelum menggunakan Zero Carbon. Zero Carbon hanya bertindak sebagai pembersih karbon dan tidak dapat membaikpulih masalah teknikal yang datang dari komponen enjin.
Q: Adakah Zero Carbon memberikan kesan yang negatif kepada enjin kenderaan.
A: Tidak. Ini kerana Zero Carbon bertindak untuk membersihkan karbon di dalam enjin sahaja. Ia akan terus dikeluarkan dengan tekanan dari dalam enjin melalui sistem ekzos. Tambahan, Zero Carbon mendapat pengiktirafan dan pensijilan dari SIRIM MALAYSIA (Jabatan Mekanikal & Automotif) yang sememangnya selamat untuk enjin kenderaan anda.
Q: Apakah kelebihan yang boleh diperoleh bagi mereka yang berminat menjadi pengedar mahupun stokis?
A: Sememangnya kami mencari pengedar di setiap daerah di negeri-negeri di Malaysia, kelebihan yang diperoleh bagi mereka yang berminat untuk berjaya bersama-sama dengan kami adalah kami menyediakan latihan yang professional dan strategi yang sistematik. Di samping itu kami amat mengalu-alukan mereka yang mempuyai premis sama ada bengkel, pusat jualan alat ganti atau aksessori kereta/motorsikal serta pusat cucian kereta, untuk bersama-sama kami menjadi pengedar dan Pusat Pemasangan Zero Carbon. Ini secara tidak langsung dapat membantu mereka menaikkan nama premis perniagaan mereka apabila mereka mengambil Zero Carbon sebagai sebahagian dari barang jualan.