SOP
STANDARD OF PRACTICE (SOP)
PEMASANGAN ZERO CARBON
Nota: SEBELUM membuat pemasangan ZERO CARBON sila pastikan anda telah memahami ‘’Standard of Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh syarikat.
SEBELUM PEMASANGAN
** Sebagai agen berdaftar, anda perlulah mengambil tahu beberapa perkara sebagai langkah keselamatan dan langkah untuk mengelak permasalahan yang mungkin akan timbul selepas membuat Zero Carbon.
1.Kali terakhir menukar minyak pelincir (minyak enjin)?
2. Kali terakhir menukar “Timing Belt”? atau keaadaan ‘’Timing Belt’’
3.Kali terakhir menukar Palam Pencucuh atau keadaan Palam Pencucuh
4. Suhu enjin? Normal /Tidak normal
5. Keadaan RPM kenderaan? Normal /Tinggi /Rendah/Tidak Stabil
6. Pernahkah kenderaan ini mengalami kerosakan enjin? Jika pernah atau sedang mengalami masalah enjin seperti Kebocoran Injap (Valve Seals) atau dengan kata lain ‘’Makan Minyak Hitam’’, pelanggan dinasihatkan ke bengkel berdekatan untuk menyelesaikan masalah teknikal tersebut.
Nota: ZERO CARBON hanya berfungsi untuk membersihkan karbon di dalam enjin. Bukan berfungsi untuk membaikpulih masalah teknikal komponen enjin.
7. Kenderaan menggunakan? Petrol/Diesel /NGV
PENTING..!!!
Jika kenderaan menggunakan NGV, amatlah penting untuk menukar kepada pengunaaan Petrol dahulu sebelum membuat proses pemasangan ZERO CARBON. Pelanggan hanya boleh menukar kepada NGV selepas 15 minit memandu menggunakan Petrol.
MEMULAKAN PEMASANGAN
Nota: Setiap agen yang berdaftar seluruh Malaysia perlulah mengikut turutan langkah berikut untuk bagi memastikan keseragaman setiap agen ZERO CARBON dalam melakukan proses pemasangan.
1. Panaskan enjin kenderaan.
2. Matikan penghawa dingin.
3. Menukarkan penggunaan Petrol / Diesel sekiranya kenderaan tersebut menggunakan NGV
4. Menampal Pelekat (Stiker) Zero Carbon dan Menulis Stiker Jarang Perjalanan (Mileage Stiker) kepada kenderaan pelanggan.
5. Ambil Gambar Stiker Zero Carbon dan Gambar Produk Zero Carbon pada kenderaan pelanggan.
6. Cari inlet manifold (host vacuum). Pastikan ada sedutan pada hose tersebut.
7. Masukkan ZERO CARBON secara perlahan sehingga separuh botol
8. Tekan pedal minyak secara perlahan selama 5 minit /sehingga asap berkurangan. Pastikan tekan pedal minyak tidak lebih daripada 5000 rpm.
9. Masukkan baki ZERO CARBON
10. Tekan pedal minyak secara perlahan buat kali kedua sehingga asap berkurangan
11. Minta pelanggan segera memandu uji kenderaan mereka dan merasai perubahan setelah menggunakan ZERO CARBON
12. Meminta pelanggan memberi komen tentang keberkesanan penggunaan produk ZERO CARBON
**JIka kenderaan menggunakan 2 botol Zero Carbon, Masukkan Botol pertama sehingga habis.
Lakukan langkah ke-8 di atas dan selepas itu, Masukkan Botol yang kedua sehingga habis.
Kemudian diteruskan dengan langkah ke-10 sehingga ke-12.