September, 2016
now browsing by month
TEMUI TEAM DRIFT ZERO CARBON B.O.S GARAGE DI MALAYSIAN DRIFT CHALLENGE 2016
Temui Team Drift Zero Carbon B.O.S Garage di Malaysia Drift Challenge 2016 di MiTC Melaka pada 24 & 25 September 2016 ini. Zero Carbon bukan sahaja komited dalam memberikan khidmat profesionalnya kepada pelanggan yang inginkan prestasi enjin pickup semula dan penjimatan minyak kepada clientnya tetapi sentiasa komited dalam setiap acara permotoran di Malaysia Salah satunya adalah Sukan Drift.
Jentera Nissan Silvia 200SX bernadikan enjin SR20 Turbo 250HP diberikan kepercayaan untuk dipandu oleh Mohd Ikhwanul Azwan bin Omar, 22 tahun. Remaja lepasan Diploma Agroteknologi dari Kolej Polytech MARA Kota Bahru ini adalah anak kelahiran Kedah dan telah mula berjinak-jinak dalam arena drift sejak umur beliau 19 tahun. Beliau kini giat berlatih dan banyak menyertai pertandingan-pertandingan yang banyak dianjurkan dalam negara kita sebagai platform untuk beliau mengasah bakat dan teknik-teknik drift yang baik.
Team Drift Zero Carbon B.O.S Garage juga berkesempatan untuk dipaparkan di dalam Majalah Permotoran Hypertune dan Shift baru2 ini Edisi September 2016. Tahniah di ucapkan kepada semua Crew.
JUMPA DI MELAKA…!!!!
ZERO CARBON DI PERAK RETRO FEST MERIAH…!!! TERKENANG KENANGAN DULU KALA
Retro…Pasti nya berkait rapat dengan Evergreen atau juga boleh dikaitkan dengan klasik. 21 Ogos 2016 yang lepas, Zero Carbon Malaysia berkesempatan sekali lagi bersama-sama rakan-rakan permotoran di Utara Tanah Air. Kali ini event ini lebih unik dan diadakan di Bukit Merah Lake Town Resort.
Event yang mengumpulkan seluruh kereta-kereta retro ini. Bukan setakat kereta, motorsikal retro jugak boleh disaksikan disini. Dengan pengurusan GM Management, event ini berjalan dengan lancar dan Zero Carbon Malaysia amat berterima kasih kerana di jemput bersama-sama memeriahkan lagi acara yang diadakan sebagai Penaja Bersama.
Diharapkan, acara sebegini diteruskan bagi memastikan kereta atau motosikal lama yang terus diminati dan menjadi satu hobi yang positif di kalangan rakyat Malaysia.
ZERO CARBON PENAJA BERSAMA HIMPUNAN MEGA PERMOTORAN PANTAI TIMUR 2016
Zero Carbon adalah nama yang tidak asing lagi sebagai Produk Pembersih Karbon Enjin No. 1 di Malaysia atau dengan kata lain Produk Decarboniser yang berkesan dan mendapat tempat sebagai pilihan pemilik-pemilik kenderaan.
Zero Carbon boleh mengembalikan prestasi enjin dan penggunaan petrol seperti baru semula untuk kenderaan anda. Baru-baru ini, sekali lagi Zero Carbon diberi kepercayaan untuk bersama-sama rakan-rakan permotoran Pantai Timur (Kelantan, Terengganu & Pahang ) menjadi sebagai Penaja Bersama.
Acara ini berlangsung dengan meriahnya di bawah kelolaan BKGK (saudara Nik Tajul & Crew),dan Persatuan Permotoran Negeri Kelantan (PPNK). Para hadirin yang hadir amatlah diluar jangkaan. Ketua Pegawai Eksekutif Zero Carbon Malaysia, saudara Mohd Hizir Arafat bin Tambun turut hadir memberi sokongan kepada Crew Zero Carbon di Pantai Timur.
Semoga acara sebegini diteruskan lagi bagi memastikan industri automotif negara terus berkembang di platform yang positif.